Saturday, October 23, 2010

The Panderlized Juarai Battle Of The Band

KUALA LUMPUR,9 Okt : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan pertandingan Battle of The Band sempena Hari Konvokesyen yang pertama.

Seramai 8 buah kumpulan telah mendaftar yang terdiri dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di sekitar Lembah Klang untuk merebut hadiah pertandingan yang di tawarkan meliputi RM500 di tempat pertama,RM300 di tempat kedua dan RM200 di tempat yang ketiga.

Pengiraan markah diadili oleh tiga orang juri professional yang dibarisi oleh Lt Kol Noor Akmar bin Mohd Noor selaku Penasihat Muzik UPNM,Peg Waran 1 Encik Halim bin Enguh selaku Jurulatih Muzik Moden dan Tradisional Pusat Muzik Darat (PUZIDA) serta Staff Sarjan Kumin bin Jasir selaku Jurulatih Teknologi Muzik PUZIDA.

Kumpulan yang Berjaya merangkul hadiah yang di tawarkan ialah The Panderlized (pertama),The Founders (kedua) dan Moriarty (ketiga).

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Psikologi UPNM,Encik Shahrizan bin Samad.

Malaysia Book of Record - UPNM Largest Self-Defense Demonstration



The Largest Demonstration of 'Military Self-Defense' a.k.a Tempur Tanpa Senjata (TTS) by 1'400 cadet hit Malysia Book of Record...













































camouflage??
prove there's a time when skin color doesn't make any difference.so,do it the PARA trooper way..



























































Largest 'Military Self-Defense' Demonstration.1'400 cadets involved...
Haiiyahh...across the fire-circle
                       ...and we reap what we s0w... :D




*credit to OPchan

Lawatan Rasmi Mejar Jeneral Kyaw Phyo, Inspector And Auditor General Of The Armed Forces Myanmar Ke UPNM

Penulis: Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa


22 OKTOBER 2010 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Mejar Jeneral Kyaw Phyo, Inspector and Auditor General of the Armed Forces Myanmar hari ini. Delegasi rombongan adalah seramai 4 orang termasuk seorang Defence Attache (DA) negara Myanmar di Malaysia. Lawatan beliau ke UPNM sempena kunjungan hormatnya ke atas Panglima Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia mulai 20 hingga 24 Oktober 2010.


Program lawatan dimulai dengan pemeriksaan Kawalan Kehormat di Padang Wawasan sebelum beliau dibawa ke kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UPNM, YBhg Lt Jen Dato’ Wira Allatif Bin Mohd Noor. Dalam kunjungan hormat ini, pelbagai perkara dibincangkan dalam usaha berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang akademik dan ketenteraan di antara kedua-kedua negara dan seterusnya delegasi diberi taklimat UPNM. Sebelum itu, Mejar Jeneral Kyaw Phyo dan delegasi telah melawat ke Pusat Latihan Pengaman Malaysia (PLPM) semalam.


Ketibaan beliau telah disambut oleh pegawai-pegawai kanan universiti dan Pengarah Akademik Latihan Ketenteraan (ALK) yang mewakili Komandan.

Ijazah kelas pertama- tiket menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa

  1. Baru-baru ini seramai 2'162 orang peminjam dari Pinjaman Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN)  yang berjaya mencatat keputusan cemerlang Ijazah Kelas Pertama tahun ini, diberi keistimewaan khas menukar pinjaman kepada biasiswa sebagai perhargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada mereka.
  2. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap di Majlis Makan Malam 1 Malaysia anjuran MCA bahagian Pasir Gudang baru-baru ini, keputusan itu sebagai dorongan dan rangsangan kepada pelajar lain supaya komited menamatkan pengajian mereka dengan mencatat keputusan cemerlang dalam setiap bidang pengajian yang diambil.
  3. Keputusan kerajaan ini juga seharusnya menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada pelajar-pelajar awam universiti kita yg menjadi peminjam  PTPTN untuk lebih berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai visi dan misi university dalam melahirkan pegawai kadet  / pegawai kadet PALAPES yang berjaya kelak.
  4. Dalam dunia globalisasi kini, kita seharusnya bijak dalam menghadapi cabaran dunia semasa dengan menguruskan masa akademik dan ketenteraan dengan sebaiknya.
  5. Kita juga seharusnya sering memikirkan mengenai masa hadapan kita yang bakal kita sendiri corakkan dan juga memikirkan tentang pengorbanan ibubapa kita yang sejak dari kecil lagi bersusah payah membanting tulang untuk menyara kehidupan kita sehingga berjaya masuk ke university ini.

Perwira Racing Team mengharumkan nama UPNM di peringkat Kebangsaan


10 Oktober 2010 – Kejohanan Formula Varsity UTeM 2010 anjuran Unversiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM) dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka merupakan kejohanan perlumbaan kereta formula varsity antarabangsa yang melibatkan pelajar-pelajar dari institut pengajian tinggi. Kejohanan ini mencabar para pelajar untuk merekabentuk, melakukan proses fabrikasi dan berlumba dengan jentera lumba satu tempat duduk di litar pelumbaan sebenar. Kejohanan FV 2010 yang diadakan pada 9 dan 10 Okt 2010 di Litar Lumba Cup-Prix, Stadium Hang Jebat, Melaka telah disertai oleh 20 pasukan dari IPTA/IPTS/Kolej Komuniti/Politeknik termasuk UPNM.

Kejohanan FV 2010 dibahagikan kepada 3 Anugerah iaitu Anugerah Rekabentuk dan Inovasi Kereta Lumba FV, Anugerah Kejohanan Perlumbaan FV 2010 dan Anugerah Pasukan Terbaik. UPNM yang diwakili oleh Kelab Kejuruteraan - Perwira Racing Team, dengan jentera lumba yang diberi nama PERWIRA One, di ketuai oleh Lt Kol Ir Khalid Abd Jalil TUDM sebagai Pengurus Pasukan, En Bahaman bin Haron (Ketua Juruteknik), Kadet PALAPES Muhd Firdaus Mahaya (Ketua Teknikal), Kadet PALAPES Datu Fasial bin Datu Liman (Pemandu) bersama 10 yang lain (pensyarah, juruteknik dan pelajar) telah berjaya memenangi tempat ke 3 Anugerah Rekabentuk dan Inovasi Kereta Lumba FV dengan membawa pulang sebuah tropi dan wang tunai RM333.00 sahaja. Dalam kategori ini Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya menduduki tempat pertama (tropi dan wang tunai RM1111.00) diikuti oleh Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin yang menduduki tempat kedua (tropi dan wang tunai
RM666.00).

Manakala Anugerah Kejohanan Perlumbaan FV 2010 dimenangi Kolej Universiti Taylor, kedua IKM Jasin dan ketiga Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM). Anugerah Pasukan terbaik di menangi Kolej Universiti manakala UPNM menduduki tempat ke 11 keseluruhan daripada 20 penyertaan.

Kejohanan selama 2 hari telah memberi banyak pengalaman kepada para peserta. Kerja-kerja bagi menyiapkan jentera lumba PERWIRA One yang mengalami kerosakan enjin selepas menjalani sesi latihan sebelah petang, memberi cabaran yang cukup tinggi kepada krew Perwira Racing Team. Bekerja tanpa henti sepanjang malam (12 jam) telah memberi pengalaman kerja berpasukan yang sukar digambarkan. Setiap ahli bersungguh-sungguh menyiapkan Perwira One untuk sedia dipandu keesokan harinya. Akhirnya Perwira One kembali berfungsi sebelum sesi perlumbaan bermula. Semua menarik nafas lega walaupun tidak berehat selama 24 jam. Malah ada yang terpaksa berulang dari Melaka ke KL pada malam tersebut untuk mendapatkan alat ganti. Terima kasih kepada juruteknik Muhamad Khalil kerana secara suka rela menawarkan enjin motosikal beliau sebagai alat ganti. Semangat beginilah yang kita mahukan dalam pasukan.
 

Diharapkan pengalaman yang diperolehi dalam kejohanan kali ini akan memberi suntikan semangat kepada para peserta dan para pelajar UPNM untuk menyertai kejohanan permotoran pada masa akan datang dalam usaha mempraktikkan ilmu dan kemahiran teknikal yang dipelajari di peringkat institusi pengajian tinggi… insyaALLAH.



Majlis Perasmian PEER LEADERS UPNM








Konvokesyen Pertama UPNM

Poster hebahan pesta konvokesyen (ConvoFest) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)