Saturday, October 23, 2010

Ijazah kelas pertama- tiket menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa

  1. Baru-baru ini seramai 2'162 orang peminjam dari Pinjaman Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN)  yang berjaya mencatat keputusan cemerlang Ijazah Kelas Pertama tahun ini, diberi keistimewaan khas menukar pinjaman kepada biasiswa sebagai perhargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada mereka.
  2. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap di Majlis Makan Malam 1 Malaysia anjuran MCA bahagian Pasir Gudang baru-baru ini, keputusan itu sebagai dorongan dan rangsangan kepada pelajar lain supaya komited menamatkan pengajian mereka dengan mencatat keputusan cemerlang dalam setiap bidang pengajian yang diambil.
  3. Keputusan kerajaan ini juga seharusnya menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada pelajar-pelajar awam universiti kita yg menjadi peminjam  PTPTN untuk lebih berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai visi dan misi university dalam melahirkan pegawai kadet  / pegawai kadet PALAPES yang berjaya kelak.
  4. Dalam dunia globalisasi kini, kita seharusnya bijak dalam menghadapi cabaran dunia semasa dengan menguruskan masa akademik dan ketenteraan dengan sebaiknya.
  5. Kita juga seharusnya sering memikirkan mengenai masa hadapan kita yang bakal kita sendiri corakkan dan juga memikirkan tentang pengorbanan ibubapa kita yang sejak dari kecil lagi bersusah payah membanting tulang untuk menyara kehidupan kita sehingga berjaya masuk ke university ini.

No comments:

Post a Comment