Saturday, October 23, 2010

Lawatan Rasmi Mejar Jeneral Kyaw Phyo, Inspector And Auditor General Of The Armed Forces Myanmar Ke UPNM

Penulis: Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa


22 OKTOBER 2010 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Mejar Jeneral Kyaw Phyo, Inspector and Auditor General of the Armed Forces Myanmar hari ini. Delegasi rombongan adalah seramai 4 orang termasuk seorang Defence Attache (DA) negara Myanmar di Malaysia. Lawatan beliau ke UPNM sempena kunjungan hormatnya ke atas Panglima Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia mulai 20 hingga 24 Oktober 2010.


Program lawatan dimulai dengan pemeriksaan Kawalan Kehormat di Padang Wawasan sebelum beliau dibawa ke kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UPNM, YBhg Lt Jen Dato’ Wira Allatif Bin Mohd Noor. Dalam kunjungan hormat ini, pelbagai perkara dibincangkan dalam usaha berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang akademik dan ketenteraan di antara kedua-kedua negara dan seterusnya delegasi diberi taklimat UPNM. Sebelum itu, Mejar Jeneral Kyaw Phyo dan delegasi telah melawat ke Pusat Latihan Pengaman Malaysia (PLPM) semalam.


Ketibaan beliau telah disambut oleh pegawai-pegawai kanan universiti dan Pengarah Akademik Latihan Ketenteraan (ALK) yang mewakili Komandan.

No comments:

Post a Comment